;

Sunday, March 1, 2009

Ikan Keli

Mengenal Ikan keli
Ikan keli menurut klasifikasi berdasarkan taksonomi yang dikemukan oleh Weber de Beaufort(1965) digolongkan sebagai berikut ;
Chordata, ialah binatang bertulang belakang
Pisces, ialah bangsa ikan yang mempunyai insang untuk bernafas.
Teleostei, ikan yang bertulang keras.
Ostariophysi, ialah ikan yang di dalam rongga perutnya sebelah atas memiliki tulang sebagai alat perlengkapan keseimbangan yang disebut tulang weber
Siliroide, ikan yang bentuk tubuhnya memanjang berkulit licin(tidak bersisik)
Clarridae ialah satu kelompok yang selain mempunyai ciri tersebut dan bentuk kepalanya yang pipih dengan tulang keras sebagai pelindung kepala. Bersungut 4 pasang. Sirip
dada. Mempunyai alat pernafasan tambahan yang terletak dibahagian depan rongga insang yang membolehkan ikan keli bernafas.

Penyebaran
Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan Asia, terdapat diperairan umum yang berair tawar secara liar. Di beberapa negara, khususnya di Asia. Ikan keli telah diternak, dipelihara di kolam. Seperti di Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja,Burma dan India.

Habitat
Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar. Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam- kolam kecil.
Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen. Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang
mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik. Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.

Perlakuan Ikan keli
Ikan keli yang hiduo di air tawar, bersidat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap. Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras.
Ikan keli membuat sarang di dalam lubang-lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.

No comments:

Post a Comment