;

Saturday, June 27, 2009

Arowana adalah sejenis ikan tropika yang cukup cantik dan unik. Bentuk badan dan kilauan warna sisiknya sahaja sudah cukup membuatkan para peminatnya tergila-gilakan spesis Dragon ini. Ditambah pula dengan lenggok tubuhnya yang lemah gemalai, ooooo.......cukup mempersonakan. Sifatnya yang lembut dan penyayang serta mudah mengenali pemiliknya juga merupakan salah satu faktor untuk seseorang itu memiliki spesis ini. Walau bagaimanapun ia juga memerlukan perhatian yang secukupnya dari kita. Akan tetapi tidak banyak sumber ilmiah yang disiarkan di dalam bahasa melayu.
Oleh itu saya cuba mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengetahuan dengan anda sekadar yang termampu.

Osteoglossum bicirrhosum, adalah salah satu spesis arowana yang berasal dari Amerika Selatan. Ia mula dipelihara secara terhad oleh para peminat semenjak tahun 1938. Mereka berminat untuk memelihara arowana adalah kerana beberapa sebab seperti riwayat hidupnya yang pra-sejarah, bentuk badan dan mulutnya yang unik dan ditambah pula dengan keupayaannya untuk membuat pusingan 'U-turn' secara 180 0.

Di samping itu, arowana juga mampu melompat setinggi beberapa kaki dengan menggunakan lenggok badan dan libasan ekor yang kuat. Bagi spesis yang lebih besar, Arapaima gigas yang hidup di sepanjang sungai Amazon dilaporkan mampu melompat sehingga 5 meter untuk menyambar monyet yang bergayutan di dahan-dahan pokok di sepanjang tebing sungai.

Spesis ini juga boleh membesar sehingga 14 kaki panjang dan mampu menelan seekor lembu yang bersaiz sederhana dengan senang. Malah terdapat juga peristiwa pahit yang menimpa penghuni asli pinggiran sungai yang hidup secara berpindah-randah. Mereka ini yang kebanyakannya tidak biasa dengan tempat tersebut dengan mudah akan menjadi mangsa spesis gergasi ini.

Keupayaan arowana untuk membesar dengan cepat walaupun berada di dalam kurungan (akuarium/kolam) juga mampu menarik minat ramai untuk memeliharanya. Jika diperhatikan, kebanyakan ikan tropika yang lain sukar untuk mencapai tumbesaran maksimum jika dibela dalam kurungan yang kecil berbanding spesis arowana. Malah terdapat juga di antara spesis-spesis tropika yang lain akan mengalami kebantutan tumbesaran sepanjang berada di dalam kurungan. Telah dibuktikan bahawa fenomena ini tidak atau amat jarang menimpa spesis arowana.

No comments:

Post a Comment