;

Saturday, June 27, 2009

Udang Galah

Udang galah berasal dari keluarga palamonidae dan tergolong didalam golongan macrobranchium. Di Malaysia terdapat beberapa jenis udang air tawar yang tergolong di dalam jenis ini. Udang galah telah dikelompokkan sebagai udang galah tempatan dimana ia banyak diternak di kolam-kolam penternakan. Udang galah mempunyai ciri fizikal tubuh badan yang khas dimana ukuran kepalanya lebih besar berbanding dengan ukuran tubuhnya. Ini berlaku kerana pertumbuhan pada tubuhnya yang lambat. Dalam memasarkan udang galah, ia dianggap kurang menguntungkan kerana isi kandungannya yang hanya boleh dimakan sedikit sahaja. Oleh itu, beberapa eksperimen telah dilaksanakan untuk mendapatkan baka udang galah yang baik seperti melakukan perkahwinan silang. Tidak banyak di Malaysia melakukan kaedah perkahwinan udang galah ini. Kaedah ini telah menghasilkan baka udang galah yang bermutu tinggi dan berkualiti iaitu udang galah jenis GIMacro atau lebih dikenali sebagai udang galah super.

Udang galah super ini merupakan udang galah yang baik dan telah disarankan supaya diternak secara komersial oleh beberapa penternak di Malaysia. Antara beberapa kelebihan udang galag yang lain adalah;

1. Pertumbuhan 30% lebih baik berbanding dengan udang galah yang lain.
2. Peratus karapasnya lebih rendah sehingga isi dagingnya 13.74% lebih baik daripada udang galah tempatan.
3. Ia boleh membiak dengan lebih baik dan banyak di kawasan paya bakau atau danau.

No comments:

Post a Comment