;

Friday, June 26, 2009

Asas Akuakultur

Sistem Akuakultur
Perusahaan akuakultur air tawar tempatan menggunakan dua sistem utama dalam pemeliharaan ikan.

Sistem Kolam
Sistem kolam ialah satu sistem akuakultur yang kerap diamalkan. Kolam adalah merupakan takungan-takungan air yang dibina dengan menggali tanah atau dengan membentengkan sesuatu kawasan rendah yang kemudian diisikan dengan air dari anak-anak sungai, alur atau mata air. Kolam-kolam yang khas dibina bagi pemeliharaan ikan biasanya berbentuk empat segi bujur,mempunyai keluasan 0.1-1 hektar dan kedalaman 0.6-1.5m. Kolam-kolam semulajadi atau bekas-bekas lombong boleh juga digunakan untuk ternakan ikan. Ia biasanya mempunyai 2-8 ha dan kedalaman 4-60m dan bermacam-macam bentuk.

Cara-cara membuat kolam
Kolam dibina dengan menggali dan menolak tanah kolam,seterusnya menggunakan tanah tersebut untuk dijadikan benteng kolam.Berpandukan pada tempat,benteng mungkin dibina pada satu atau tempat penjuru bahagian kolam.

Perkara-perkara yang patut diberi perhatian dalam pemilihan tapak kolam termasuklah topografi, punca air dan jenis tanah. Kawasan-kawasan di tanah pamah dan rendah biasanya sesuai. Kawasan-kawasan berbukit adalah kurang sesuai bagi pembinaan kolam. Jenis tanah juga merupakan suatu faktor penting dalam pemilihan tapak. Tanah yang mengandungi tanah liat adalah sesuai sekali dari segi keupayaan menakung air serta membina batas. Pada am nya jenis-jenis tanah yang mempunyai kandungan liat kurang 2.7% atau berpasir lebih dari 45% adalah kurang sesuai bagi pembinaan kolam. Elakkan dari pemilihan tapak yang mempunyai tanah gambut kerana pH air tidak sesuai untuk ternakan ikan air tawar.

Punca bekalan air bagi kolam seelok-eloknya datang dari anak sungai atau parit. Air mata air tidak sesuai dijadikan bekalan punca air kerana risiko pada musim kemarau. Mutu air pula, pH6.5 – 8.3, ammonia kurang dari 0.5ppm, alkali lebih dari 40ppm dan pepejal terampai tidak melebihi 200ppm serta bebas pencemaran.

No comments:

Post a Comment