;

Saturday, June 27, 2009

Siakap

Ikan Siakap merupakan salah satu ikan air masin/payau bermutu tinggi yang diternak terutamanya di dalam sangkar terapung di Malaysia. Ternakan ikan siakap boleh mencapai saiz pasaran (600g) dalam masa 8-10 bulan. Pada awal perusahaan ternakan ikan siakap, benih-benih ikan diperolehi dari kawasan semulajadi.

Ikan siakap boleh hidaup di dalam kawasan air yang berlainan kemasinan. Pada peringkat-peringkat umur yang tertentu ia boleh di dapati di kawasan berlainan. Biasanya ikan yang matang (3.5kg) menduduki kawasan pantai dalam iaitu kawasan air masin dimana pada musim dan masa yang sesuai ia membiak. Kawasan ini biasanya tidak lebih 5 km dari pantai atau kedalaman air lebih kurang 14m dan berhampiran kawasan hutan bakau dan muara sungai.

Rega-rega yang menetas dari telur-telur akan dihanyutkan oleh ombak dan arus air ke kawasan lembah hutan bakau dimana makanan yang cukup dan perlindungan dari pemangsa akan menggalakkan ia membesar. Biasanya kawasan ini ialah kawasan air payau . Ikan-ikan akan menduduki kawasan ini sehingga ukuran badan lebih kurang 200mm. Ikan-ikan dewasa boleh juga didapati di kawasan-kawasan sungai air payau atau air tawar dan akan berhijrah ke kawasan air masin apabila cukup matang.

Induk betina yang ditangkap di laut biasanya lebih besar dari induk jantan. Lingkungan berat badan induk betina yang biasa ditangkap biasanya 4-9kg manakala induk jantan pula 3.5-6kg.

No comments:

Post a Comment