;

Friday, June 26, 2009

Jelawat

Ikan jelawat ialah sejenis ikan airtawar yang bentuknya hamper menyerupai ikan Kap rumput.Perbezaan besar antara keduanya adalah kerana sirip dibahagian bawah badan dan ekor ikan jelawat berwarna merah. Terdapat juga beberapa jenis ikan lagi yang sangat hampir menyerupainya. Dengan pengetahuan teknik yang sederhana dan sedikit pengalaman,ikan jelawat akan dapat dikenali. Buat masa ini pengeluarannya bergantung kepada tangkapan dari kawasan semulajadi dan hasil ternakan. Memandangkan hanya sebilangan kecil sahaja penternak yang menternak ikan jelawat.

Jenis ikan tempatan
Ikan jelawat merupakan ikan tempatan yang membiak secara semulajadi di Negara ini.Ia terdapat di beberapa buah sungai di Malaysia

Harga yang tinggi
Ikan jelawat mempunyai harga pasaran yang tinggi.Harga runcit sekarang ialah RM25 sekilo dan harga borong pula RM16.50 sekilo.Pasaran utamanya adalah dari restoran-restoran yang besar.Pengeluarannya yang sangat terhad menyebabkan pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.


Makanan
Ikan jelawat adalah sejenis ikan ‘omnivor’ iaitu ia memakan bahan-bahan makanan yang berunsur protein haiwan dan tumbuhan.


Kadar hidup yang tinggi
Kadar hidup ikan jelawat adalah dianggarkan antara 95%-96%.Ikan jelawat merupakan ikan yang tahan lasak.Ikan jelawat juga sangat aktif dan bergerak pantas menyebabkan ia sukar ditangkap oleh musuh atau parasit dan mungkin sukar untuk dijangkiti penyakit.

No comments:

Post a Comment